Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe Now: Feed Icon

Agar Badan Tetap Langsing dan Segar: Diet Tanpa Modal Besar

Agar Badan Tetap Langsing dan Segar: Diet Tanpa Modal Besar

Ada cara-cara mudah untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan fit. Tidak memerlukan belanja yang besar. Hanya perlu adanya komitmen untuk melaksanakan latihan tiap hari meski pun hanya beberapa minit.

1. Olahraga teratur setiap minggu, seminggu sekali sehingga tubuh menjadi tegap. Bila tidak ada waktu, turun naik tangga rumah atau pejabat 15 minit sehari sudah dapat menggantikannya.

2. Setiap pagi usahakan bersarapan kerana pekerjaan anda memerlukan tenaga. Orang yang tidak pernah bersarapan cenderung untuk makan banyak pada waktu siang dan mengudap makanan. Ini secara tidak langsung menyebabkan tubuh gemuk.

3. Makanan sebaiknya dipelbagaikan dengan buah-buahan berwarna kuning seperti limau, mangga, tomato, betik, lobak merah berikutan kandungan vitamin A; juga sayur-sayuran yang banyak mengandungi vitamin C dan E. Vitamin A, C dan E baik untuk meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan penuaan. Buah-buahan yang banyak mengandungi vitamin C antara lain buah limau, kiwi, jambu biji, mangga. Sedangkan vitamin E banyak terdapat dalam kacang-kacangan.

4. Bila anda terbiasa makan bawang putih mentah, campurkanlah dengan makanan anda kerana bawang putih mengandungi kandungan yang baik untuk mencagah jangkitan.

5. Makanan anda seharusnya mengandungi protein berbanding karbohidrat kerana kandungan karbohidrat yang banyak akan membuat anda cepat berasa mengantuk.

6. Makan malam sebaiknya jangan terlalu berat dan jangan makan terlalu lewat bagi mengelakkan makanan sukar dibakar.

7. Jangan biasakan menonton TV sambil mengudap makanan.

8. Hindarilah pemanis buatan kerana selain sukar diolah ia juga membangkitkan keinginan untuk memakan makanan yang mengandungi karbohidrat. Akibatnya pembakaran lemak tidak sempurna dan berat badan mudah melonjak. Pengambilan madu baik bagi sistem pencernaan sekali gus sebagai penenang semulajadi.

9. Minum jus buah segar di pagi hari membantu membersihkan hati. Hati yang bersih meningkatkan daya bakar lemak tubuh.

10. Minumlah susu rendah lemak dan berkalsium tinggi untuk menghindari kerapuhan tulang.

11. Usahakan posisi saat berdiri tegap kerana posisi berdiri begini baik bagi pernafasan, peredaran darah dan pencernaan.

12. Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter air mineral sehari untuk membantu kerja ginjal agar tidak terlalu berat. Ini kerana air yang diminum juga dapat menahan keinginan untuk makan.

13. Hindarilah minuman beralkohol kerana ia dapat menyebabkan kulit dehidrasi dan berkedut selain menyebabkan sembab di bawah mata nampak jelas.

14. Banyakkan makan ikan daripada daging kerana ikan banyak mengandungi protein berbanding kandungan lemak yang sedikit. Contohnya ikan salmon berkhasiat untuk mengurangkan penggumpalan darah dan serangan jantung.

Agar Badan Tetap Langsing dan Segar: Diet Tanpa Modal Besar


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my