Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe Now: Feed Icon

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Penuhi Tangki Cinta Anda

Penuhi Tangki Cinta Anda

Seiring dengan berjalannya waktu, perkahwinan pasti akan mengalami masa pasang surut. Masa pasang adalah masa di awal perkahwinan di mana semua yang dilihat dan terjadi indah dan menyenangkan belaka. Pada masa surut, perkahwinan akan mulai bergoncang dan tidak lagi harmoni.

Bagi pasangan suami isteri ynag memahami situasi mereka, maka mereka akan segera dapat mengesan punca masalah dan segera mengatasi ketidak harmonian tersebut. Bagi pasangan yang tidak faham, mereka cenderung untuk mulai melihat ciri-ciri negatif pasangannya. Mereka mulai saling menyalahkan dan menuduh bahawa pasangan mereka sudah berubah tidak seperti dulu lagi iaitu ketika waktu bercinta atau awal perkahwinan dulu. Dan kerana pasangan mereka berubah maka kehidupan rumah tangga mereka juga akhirnya menjadi tidak harmoni.

Benarkah demikian? Benarkah telah terjadi perubahan dalam diri pasangan ini? Sebenarnya tidak! Apa yang terlihat sebagai suatu perubahan sebenarnya hanya merupakan kesan dari mula menipisnya isi tangki cinta mereka. Apakah tangki cinta itu? Tangki cinta sama dengan simpanan duityang anda miliki. Bila wang dalam simpanan itu hanya dikeluarkan tanpa adanya simpanan baru, maka lama-kelamaan wangnya akan semakin habis. Demikian juga dengan tangki cinta anda. Pada waktu awal perkahwinan, pasangan memasuki hidup berumah tangga dengan tangki cinta yang penuh dan kadang-kadang sampai melimpah ruah. Semuanya dilihat dan berjalan dengan baik. Sampai suatu saat, kerana tangki cinta ini tidak diisi, tangki cintanya mulai kosong.

Mengapa tangki cinta boleh kering isinya? Banyak kejadian dalam hidup berlaku yang bila-bila masa sahaja boleh mengurangkan isi tangki cinta. Kekecewaan, kritikan, salah faham, salah pengertian, cinta bersyarat dan banyak lagi pastinya akan mengurangkan cinta anda jika tidak diubati terus.

Penuhi Tangki Cinta Anda


Membuat Suami Seronok Di Rumah

Membuat Suami Seronok Di Rumah

Jika suami anda adalah orang yang penuh dengan kesibukan di luar rumah, bukan bererti anda harus pasrah bahawa suami anda bersikap demikian kerana mencari wang untuk menyara keluarga. Seboleh-bolehnya jadikan rumah sebagai syurga bagi anda berdua sehingga walaupun suami menghabiskan sebahagian besar waktunya di luar rumah, dia tetap ingin untuk pulang cepat dan bertemu dengan anda. Tetapi bagaimana agaknya cara untuk membuatkan suami berasa betah duduk di rumah?

Mungkin ada sesetengah isteri yang merungut kerana suami sering sahaja tidak ‘lekat’ di rumah. Balik dari kerja, selepas mandi dan makan, keluar semula dengan alasan mahu berjumpa rakan-rakan, bertemu pelanggan (client), bos mahu jumpa dan berbagai lagi yang kadang-kadang lebih kurang sama sahaja. Rumah bagaikan hanya tempat persinggahan sementara, hanya tempat untuk mandi,makan dan tidur, itupun jika dia makan di rumah. Ada sesetengahnya langsung tidak menjamah makanan yang isteri masak.

Kalau hendak dikatakan urusan kerja, takkanlah waktu siang harinya masih tidak mencukupi. Mungkin jika sehari, dua dalam seminggu suami keluar tidak menjadi keraguan sangat terhadap si isteri tetapi yang beratnya dalam seminggu hanya sehari atau dua yang dia lekat di rumah. Kenapa perkara ini berlaku? Benarkah si suami ada urusan kerja atau lebih suka menghabiskan masa dengan rakan-rakannya berbanding isteri? Bagi anda, sebagai isteri pastilah mahu meihat suami sentiasa berada di rumah, bukan niat hendak mengongkong tetapi mahu menghabiskan waktu yang tinggal sisa hari itu bersama-sama dengannya. Untuk membuatkan suami betah dan lekat di rumah, cubalah ikuti teknik ini, mungkin anda dapat belajar sesuatu daripadanya.

Rancang dan Luangkan Masa Berkualiti Untuk Suami
Anda perlu membiasakan setiap hari menyisihkan waktu untuk merancang tentang bagaimana aktiviti seharian anda terutama waktu untuk melayani suami. Luangkan waktu yang benar-benar berkualiti buatnya. Elakkan mengambil waktu anda dalam keletihan atau mood tidak baik.

Ungkapan Perhatian dan Penghargaan
Biasakan menyampaikan ungkapan-ungkapan penghargaan terhadap sesuatu hal pemberian suami. Misalnya; ‘Bang, terima kasih ya, belikan …!’ Bila perlu ketika anda mengucapkan kalimah itu sertakan sekali sebuah ciuman mesra di pipi.

Wajib Lapor
Biasakan diri anda melaporkan atau paling kurang pun memberitahu berita terbaru atau yang berlaku pada diri anda walaupun beritanya tidaklah sepenting mana. Ini perlu kerana suami akan merasa dihargai, dihormati dan tidak disisihkan dari perkembangan diri dan aktiviti harian anda.

Hindari Berteka-teki
Jangan biasakan bersikap atau berbuat perkara yang mengundang perasaan teka-teki mahupun was-was. Misalnya, menyembunyikan sesuatu yang anda ketahui. Bersikap terbukalah dengan suami, jangan sampai dia tidak percaya lagi dengan anda.

Beri Harapan dan Impian
Menyampaikan harapan dan impian pada suami itu sangat perlu, kerana pada akhirnya semua perancangan anda akan melibatkan seluruh anggota keluarga. Katakan anda berharap anda berdua akan tetap menjadi pasangan yang bahagia hingga ke akhirnya.

Cinta Bukan Sekadar Janji
Anda boleh memilih sebuah komitmen berdasarkan rasa cinta. Namun, anda tidak boleh membuat diri anda merasa cinta pada orang lain. Biarkan suami tahu bahawa hanya dia lelaki yang bertakhta di hati anda. Buktikan padanya melalui tingkah laku dan kata-kata.

Gunakan Kod Rahsia
Banyak pasangan yang malu atau tidak tahu bagaimana untuk mengajak pasangan berhubungan intim. Salah satu caranya anda tidak perlu menggunakan kata seks, tapi gunalah bahasa kiasan misalnya istilah tertentu seperti; ‘bermesra’.‘bercinta’ atau apa sahaja yang lembut. Anda berdua patut mempunyai kod rahsia yang tepat dan sesuai dengan selera anda berdua. Dan pastinya sebagai wanita anda harus menggunakan teknik penggoda anda untuk memikat suami di ranjang, biarlah dia terkenang-kenangkan anda walaupun di tempat kerja.

Komunikasi
Jangan cuba untuk mengelakkan waktu berdua untuk bercakap-cakap. Apalagi bagi wanita, kualiti waktu yang dimanfaatkan berdua adalah tunjang terpeliharanya ghairah cinta. Jadi berbuallah bila sahaja ada waktu terluang, jangan balik kerja, dua-dua senyap dan hanya mengadap televisyen.

Insya-Allah, jika anda cuba praktikkan teknik-teknik di atas, suami anda pastinya suka duduk di rumah. Jika boleh mahu cepat pulang ke rumah setiap hari untuk bertemu bidadari yang melayannya bak raja. Dengan ini cinta anda akan tetap utuh dan tangki cinta anda juga pasti sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang yang berkekalan.

Cinta bersyarat dan banyak lagi pastinya akan mengurangkan cinta anda jika tidak diubati terus
Untuk mengisi tangki cinta, pasangan harus tahu apa yang menjadi keperluan paling asas dalam perkahwinan mereka. Keperluan isteri dan suami sangat berbeza. Pasangan yang tidak mengetahui hal ini akan berfikir, “kerana saya mencintai kamu apa sahaja yang sesuai bagi saya pasti sesuai bagi kamu juga.” Padahal dalam realitinya hal ini tidak benar. Dan anda haruslah bersama-sama mencari cara bagaimana untuk sentiasa untuk memenuhi tangki cinta anda berdua.

Membuat Suami Seronok Di Rumah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my