Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe Now: Feed Icon

Pengaruh Ucapan Dalam Hubungan

Pengaruh Ucapan Dalam Hubungan

Ada pepatah yang mengatakan lidah lebih tajam daripada pedang. Pepatah ini memang ada benarnya. Sering ditemui sepasang kekasih atau suami isteri bertengkar hanya kerana masalah perkataan pasangannya yang menganggap remeh terhadap apa yang dilakukannya. Contohnya, Maria sedang mengikuti program diet. Dan hari itu dia berhasil menurunkan berat badannya sebanyak 5 kg setelah seminggu diet yang ketat. Dengan bangganya segera dikhabarkannya hal tersebut kepada suaminya. Tanpa berfikir dulu, suaminya memberi komen.

Alah sekejap aje tu. Paling tidak pun minggu depan berat badan awak akan naik 5 kg lagi. Komen tersebut membuat Maria sakit hati dan tersinggung kerana usahanya selama seminggu dipandang rendah oleh suaminya. Dengan komentarseperti ini, tidak ada reaksi positif yang didapatkan, malah yang timbul ialah perasaan tersinggung, dipandang rendah dan dendam. Mengapa orang gemar melakukan hal yang terang-terang menimbulkan sesuatu yang negatif? Meski pun sudah tahu, masih banyak orang yang melakukannya dan biasanya terhadap orang yang paling mereka cintai. Mungkin kerana mereka menganggap orang itu adalah rapat dan terlalu biasanya, maka dia tidak akan tersinggung walau apa sekalipun yang diperkatakan.

Kesalahan utama bukan disebabkan dia tidak cinta lagi pada isterinya tetapi kerana dia tidak berfikir dulu sebelum bercakap. Yang menyebabkan keluarnya kata-kata pedas, merendahkan, menyindir atau mengatakan sesuatu yang tidak penting tetapi dengan nada yang menyinggung perasaan. Biasanya hal ini terjadi kerana anda dalam keletihan, kecewa, tekanan pekerjaan atau apa sahaja yang menyebabkan mood anda tidak baik.

Sering kali bila sudah terucap barulah kita menyesali perkataan kasar kita kepada orang yang paling kita sayangi. Jadi bila anda sedang dalam keadaan tertekan atau penat dan ada sedikit keraguan apakah respons anda betul atau tidak, tanyakan pada diri anda 2 soalan ini: “Apakah komen aku ada gunanya bagi perbualan ini? Apakah komen aku ini akan merapatkan hubungan kami atau langsung akan menjauhkannya?

Komentar yang menyakitkan hati tidak akan memberi apa-apa kesan jika yang menerima komen tersebut tidak mempedulikannya. Biasanya bila seseorang mendapatkan komentar yang menyakitkan, ia akan bersikap defensif bahkan membalas dengan beberapa kalimat. Dan mungkin juga akan berkembang menjadi pertikaian yang tidak bermanfaat. Penting untuk diam sejenak tanpa memberi komen setelah pasangan kita selesai bercakap, agar kita boleh berfikir dulu sebelum berbicara. Menjalin hubungan yang dipenuhi cinta tidaklah rumit, hanya diperlukan usaha kita untuk bersikap ramah, penuh perhatian dan tidak menjadikan diri kita sebagai penghalang kepada kemesraan berpanjangan.

Pengaruh Ucapan Dalam Hubungan


Bayangkan yang indah….

Bayangkan yang indah…

Baiklah, bagi anda yang sukar berfantasi, berikut cacatan dari Andrew Stanway, M.D, menerusi bukunya berjudul, ‘The Joy of Sexual Fantasy ‘yang boleh dipraktikkan:
-Wujudkan keadaan sekeliling yang nyaman dan tenang, sebagai mengembalikan tubuh badan juga fikiran anda ke tahap normal. Dalam situasi yang benar-benar rileks, tidak salah jika anda memasang muzik pilihan bernada lembut dan romantis. Lebih menarik, jika anda semburkan wangian bilik yang mampu menimbulkan rasa ghairah di kedua-dua belah pihak.

-Sesekali cuba pejamkan mata sambil bayangkan betapa bahagianya anda ketika itu, berdua sahaja tanpa gangguan sesiapa.
-Fokuskan perhatian dan fikiran anda pada pengalaman hubungan seksual kalian sebelum ini. Tentunya anda masih ingat setiap inci dari tubuhnya yang boleh membangkitkan nafsu.

Bayangkan yang indah…


Memilih Ibu Untuk Si Anak | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Tip Menjadi Lelaki Romantik

Tip Menjadi Lelaki Romantik

Tidak mudah memelihara dan menjaga hubungan agar tetap romantis. Bukan sesuatu yang menghairankan, begitu ramai pasangan membiarkan hubungan mereka mengalami masalah-masalah berat iaitu kepayahan untuk menjadi seorang yang romantis.

Jika anda mula menyedari masalah ini, tidak perlu terlalu runsing memikirkannya. Malah, tidak perlu meluangkan waktu untuk hal yang remeh seperti itu. Mungkin anda boleh memfokuskan pada cinta yang sedang dialami pada momen khusus ketika itu. Berikut beberapa saranan sederhana yang dapat membantu menyenangkan pasangan tanpa harus bersusah-payah untuk membuat kajian:

Buat daftar/catatan
Buatlah daftar/catatan hari-hari istimewa dalam kalendar yang dapat anda rayakan bersama-sama seperti ulang tahun pertama tarikh perteemuan anda berdua, atau merayakan ulang tahun pertama anda dan pasangan sebagai kekasih. Dalam kehidupan sehati-hari ini tunjukkan pada pasangan anda bahawa anda ingin menhabiskan waktu yang berkualiti bersama-sama misalnya masak makanan yang istimewa, membeli kad ucapan atau menulis surat pendek untuk mengingatkan bahawa anda tidak pernah melupakannya. Tentu pasangan anda terharu dengan sikap anda. Jika tidak percaya, cubalah praktikkan dalam kehidupan anda.

Berikan sentuhan
Gunakan kekuatan sentuhan untuk memberikan kesan sepanjang hari. Makan malam yang ‘hangat’ di akhir-akhir hari yang memenatkan akan sangat dihargai oleh pasangan.

Mengabadikan memori indah dalam album foto
Selalulah mengambil gambar bersama pasangan. Bawa kamera ketika anda berlibur atau menghadiri majlis-majlis istimewa. Buat catatan-catatan kecil untuk mengungkapkan perasaan anda ketika itu. Bergayalah bersama pasangan anda di hadapan kamera. Anda mungkin dapat merasakan kehangatan saat melihat gambar-gambar yang disusun kemas dalam album.

Lakukan hal-hal bijak
Lakukanlah sesuatu yang boleh membuat pasangan anda berasa senang setiap hari. Mungkin bagi anda nampak seperti tiada apa-apa tapi bagi pasangan anda, ia mungkin cukup bermakna dalam hidupnya. Misalnya anda membuatkan secawan kopi di pagi hari, membuat catatan kejutan dalam tas tangannya atau meninggalakn coklat ikissi di atas bantalnya sebelum waktu tidur tiba. Setiap wanita sangat mendambakan saat-saat romantis dan kejutan seperti ini.

Menjaga penampilan
Biarkan si dia melihat bahagian terbaik anda. Ironisnya, anda berdandan untuk bertemu dengan orang lain sementara tampil biasa-biasa ketika bersama pasangan. Sebahagian besar wanita suka melihat pasangannya bercukur rapi, berpakaian bersih dan munkin memakai parfum kegemarannya. Oleh itu, jangan sesekali mengabaikan penampilan anda di hadapan pasangan anda.

Jom geng...kita meromantikkan diri..hehehe

Tip Menjadi Lelaki Romantik


Membentuk Alis Sempurna

Membentuk Alis Sempurna

Kening atau alis mata boleh dikatakan antara bahagian wajah yang memerlukan perhatian yang khusus. Kecuaian mengurus dan membentuknya akan menyebabkan wajah nampak pelik. Ini mungkin disebabkan keadaan rerambut alis yang terlalu tebal, terlalu jarang atau dibentukkan tidak sempurna. Padahal kening merupakan bingkai mata ataupun titik fokus ketika orang memandang atau berbicata dengan kita.

Dengan memahami selok-belok membentuk alis menarik, anda akan lebih mudah merawat dan menatanya. Haruslah diingat bahawa, perkara penting yang perlu anda ketahui adalah bentuk kening atau alis yang sempurna dimulai tepat sejajar dengan sudut mata dalam, lalu menaik mencapai titik tertinggi sedikit di belakang garis luar kornea lalu menurun lagi sampai sedikit di belakang sudut mata luar.

Untuk lebih mudahnya, cuba berdiri di depan cermin di belakang garis lurus dari sudut hidung anda menuju sudut mata dalam dan berakhir di hujung dalam alis (garis A). Lalu tarik garis lurus dari sudut hidung menuju garis luar kornea, tarik ke arah alis, nah di situlah seharusnya terletaknya titik tertinggi alis anda (garis B). Hujung alis luar seharusnya juga selari dengan hujung hidung dan sudut mata luar (garis C). Kening yang baik seharusnya mempunyai rerambut yang menebal di pangkal dan secara beransur-ansur menipis sehingga hujungnya.

Jika rerambut alis tidak sampai ke titik C, tambahkan garis dengan pensel alis serta tarik dan usap lembut dengan jari agar alis anda nampak natural. Untuk ‘mengisi’ titik A agar tampak penuh, goreskan pensel alis beberapa kali seperti menggambar rambut lalu ratakan dengan sikat alis. Cabut bahagian bawah alis di titik B sampai mencapai ketinggian yang anda inginkan. Jaga kebersihan pencabut alis anda. Bersihkan dengan kapas beralkohol sebelum dan sesudah mencabut alis untuk mencegah infeksi. Sebaiknya pencabutan alis dilakukan di malam hari agar kemerahan yang timbul di kulit, akan hilang pada keesokan harinya.

Hindari mencabut alis menjelang menstruasi kerana pada saat ini anda lebih sensitif terhadap rasa sakit. Anda boleh juga menggunakan pisau cukur, namun cara ini akan menyebabkan rerambut lebih cepat tumbuh.

Membentuk Alis Sempurna


‘Afterplay’ Membuat Pasangan Rasa Dihargai

‘Afterplay’ Membuat Pasangan Rasa Dihargai

Secara biologi, anda akan tidur sebagai salah satu cara melepaskan penat setelah mencapai orgasme. Rasa lelah dan tegang yang dirasakan sebelumnya pasti hilang dan badan terasa begitu segar, selepas bangun dari tidur. Perasaan ingin tidur sebaik melakukan hubungan seksual timbul kerana ketika orgasme, manusia mengeluarkan sejumlah hormon oxytocin yang menyebabkan tubuh merasa letih serta mengantuk. Mungkin ia perkara biasa bagi sesetengah pasangan, tetapi terfikirkah anda situasi tersebut secara tidak langsung menggambarkan sikap ego seorang lelaki bergelar suami?

Walhal dalam menjaga kemesraan dan variasi dalam bercinta, anda bukan setakat memerlukan foreplay dan interplay (penetrasi) semata-mata. Sebaliknya aksi afterplay sebagai melepaskan ketegangan bersama dengan pasangan, agar hubungan anda semakin mesra perlu juga ditekankan. Anda tentu juga merasa dihargai oleh pasangan jika afterplay diamalkan, bukan? Hmm…jika suami tercinta sering kali meninggalkan anda sendirian setelah bersama, sekaranglah masa untuk mengajaknya menyempurnakan aksi-aksi terdahulu dengan afterplay. Teknik-teknik berikut bolehlah diamalkan:

1. Berbincang situasi yang baru sahaja anda lakukan bersama, dikatakan cara terbaik dalam menguji kualiti hubungan seksual kalian. Cubalah untuk saling bersikap terbuka dan berkata dengan jujur apa yang anda inginkan atau sebaliknya.

2. Kata-kata pujian juga akan menimbulkan kepercayaan dirinya terhadap anda selama ini. Malah membuatnya semakin saying kepada anda. Tidak perlu terlalu puitis cukup sekadar berkata betapa hebatnya dia sebentar tadi, adalah contoh terbaik.

3. Sebenarnya anda dan pasangan, tidak lagi memerlukan pergerakan ataupun sentuhan yang memberangsangkan. Sebaliknya cukup sekadar aksi-aksi manja, mampu menimbulkan rasa nyaman di dalam hati. Seperti, sambil baring genggamlah tangannya dengan erat, tidak pun mainlah bulu dadanya dengan sentuhan lembut. Atau dengan memainkan anak rambutnya sambil menatap wajahnya, menerusi pandangan paling mesra, juga salah satu caranya. Pandangan mata anda merupakan ungkapan tidak terucap, sebagai menunjukkan betapa anda sangat mengagumi permainan nya tadi.

4. Mandi bersama sambil membersihkan badan masing-masing bukan bertujuan untuk menyegarkan diri sahaja. Saling menggosok tubuh pasangan dengan sabun atau berendam dalam air hangat merupakan salah satu kaedah untuk memelihara kehangatan setelah penat beraksi.

5. Rasa lapar, adalah sesuatuu yang normal. Tidak salah jika anda mengajaknya menyediakan makanan lewat malam bersama-sama. Menghabiskan waktu tetapi dalam keadaan berbeza dari sebelumnya, menarik juga bukan?

6. Tidur bersama dengan dia dalam posisi merangkul anda dan membiarkan anda tertidur di atas dadanya, tentu mengasyikkan.

Apa tunggu lagi....

‘Afterplay’ Membuat Pasangan Rasa Dihargai


Agar Badan Tetap Langsing dan Segar: Diet Tanpa Modal Besar

Agar Badan Tetap Langsing dan Segar: Diet Tanpa Modal Besar

Ada cara-cara mudah untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan fit. Tidak memerlukan belanja yang besar. Hanya perlu adanya komitmen untuk melaksanakan latihan tiap hari meski pun hanya beberapa minit.

1. Olahraga teratur setiap minggu, seminggu sekali sehingga tubuh menjadi tegap. Bila tidak ada waktu, turun naik tangga rumah atau pejabat 15 minit sehari sudah dapat menggantikannya.

2. Setiap pagi usahakan bersarapan kerana pekerjaan anda memerlukan tenaga. Orang yang tidak pernah bersarapan cenderung untuk makan banyak pada waktu siang dan mengudap makanan. Ini secara tidak langsung menyebabkan tubuh gemuk.

3. Makanan sebaiknya dipelbagaikan dengan buah-buahan berwarna kuning seperti limau, mangga, tomato, betik, lobak merah berikutan kandungan vitamin A; juga sayur-sayuran yang banyak mengandungi vitamin C dan E. Vitamin A, C dan E baik untuk meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan penuaan. Buah-buahan yang banyak mengandungi vitamin C antara lain buah limau, kiwi, jambu biji, mangga. Sedangkan vitamin E banyak terdapat dalam kacang-kacangan.

4. Bila anda terbiasa makan bawang putih mentah, campurkanlah dengan makanan anda kerana bawang putih mengandungi kandungan yang baik untuk mencagah jangkitan.

5. Makanan anda seharusnya mengandungi protein berbanding karbohidrat kerana kandungan karbohidrat yang banyak akan membuat anda cepat berasa mengantuk.

6. Makan malam sebaiknya jangan terlalu berat dan jangan makan terlalu lewat bagi mengelakkan makanan sukar dibakar.

7. Jangan biasakan menonton TV sambil mengudap makanan.

8. Hindarilah pemanis buatan kerana selain sukar diolah ia juga membangkitkan keinginan untuk memakan makanan yang mengandungi karbohidrat. Akibatnya pembakaran lemak tidak sempurna dan berat badan mudah melonjak. Pengambilan madu baik bagi sistem pencernaan sekali gus sebagai penenang semulajadi.

9. Minum jus buah segar di pagi hari membantu membersihkan hati. Hati yang bersih meningkatkan daya bakar lemak tubuh.

10. Minumlah susu rendah lemak dan berkalsium tinggi untuk menghindari kerapuhan tulang.

11. Usahakan posisi saat berdiri tegap kerana posisi berdiri begini baik bagi pernafasan, peredaran darah dan pencernaan.

12. Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter air mineral sehari untuk membantu kerja ginjal agar tidak terlalu berat. Ini kerana air yang diminum juga dapat menahan keinginan untuk makan.

13. Hindarilah minuman beralkohol kerana ia dapat menyebabkan kulit dehidrasi dan berkedut selain menyebabkan sembab di bawah mata nampak jelas.

14. Banyakkan makan ikan daripada daging kerana ikan banyak mengandungi protein berbanding kandungan lemak yang sedikit. Contohnya ikan salmon berkhasiat untuk mengurangkan penggumpalan darah dan serangan jantung.

Agar Badan Tetap Langsing dan Segar: Diet Tanpa Modal Besar


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my