Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe Now: Feed Icon

Mengungkap misteri ‘G-Spot’

Mengungkap misteri ‘G-Spot’

Misteri titik G yang dapat memberi kenikmatan dan kepuasan yang mengasyikkan ketika melakukan hubungan seksual masih tidak diketaui dengan jelasnya oleh kebanyakkan kaum wanita. Anggapan agak sulit menemui titik G yang konon dikata terletak pada dinding depan vagina (sekitar 1 ½ hingga 2 inchi dari lubang luar vagina), membuatkan tidak semua wanita ketika menerima ransangan, menyedari bilakah dia telah mencapai tahap (titik G) ini.

Tidak perlu bimbang akan hal ini kerana paling penting ialah bagaimana untuk anda mencari kedudukannya di samping merasakannya. Ia termasuklah hubungkaitnya dengan ejakulasi pada setiap wanita. Jika anda ingin mencarinya, sebaiknya gunakan alat yang tepat, menyenangkan dan bersih (semestinya dengan menggunakan tangan milik pasangan anda) kerana kawasan vagina sangat sensitif. Malah pencarian ini, sebenarnya akan menjadi lebih menarik jika anda dapat melakukannya bersama pasangan secara mesra. Apalagi jika anda mampu menikmati secara total.

Umumnya rangsangan dengan penis lebih berkesan apalagi jika dilakukan secara rileks dalam tekanan yang tetap. Bukan seperti gerakan mekanis yang maju mundur seperti biasa. Ini kerana rangsangan titik G biasanya memerlukan tekanan yang kuat tetapi konsisten hingga ke peringkat optimum. Bahkan anda mampu mendapatkan kenikmatan erotis tanpa rasa sakit sedikit pun. Biasanya pencapaian klimaks setiap wanita berbeza-beza, bergantung pada tekanan yang diterimanya. Kerana itu titik G disebut sebagai daerah rawan rangsangan (berupa jaringan pada dinding bahagian depan vagina yang paling dekat dengan dinding perut). Terletak di bahagian belakang klitoris, sama seperti kedudukan kelenjar prostat pada kaum lelaki.

Dikatakan juga rangsangan pada titik G menimbulkan orgasme yang berbeza dibandingkan dengan rangsangan pada bahagian klitoris. Berlaku ejakulasi pada wanita berkenaan, namun cairan yang keluar bukanlah sperma seperti yang terjadi pada pasangan anda pada proses ejakulasi. Cairan ini berasal dari kelenjar Skene di sekitar urethra (saluran kencing). Malah cairan ejakulasi tersebut akan dikeluarkan melalui saluran kencing akibat kontraksi di bahagian otot punggung.

Walau cairan itu bukan air kencing, namun anda akan terasa seolah-olah ingin membuang air kecil pada saat tersebut. Ini membuatkan anda adakalanya seperti menahan diri ketika melakukan kegiatan seksual untuk menghindari dari terkencing. Selain memberi kenikmatan tidak terhingga sewaktu bersama, kebanyakkan pakar sakit puan sendiri menyatakan bahawa kawasan titik G ini secara tidak langsung menjadikan ia satu organ yang dapat mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Jadi mengapa tidak dari sekarang mengenali G-spot anda?

Mengungkap misteri ‘G-Spot’


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my