Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe Now: Feed Icon

Ajarkan Anak Kita Fakta Yang Tepat

Ajarkan Anak Kita Fakta Yang Tepat

Kewajipan kita sebagai ibubapa adalah memberi peluang kepada anak untuk membuat pilihannya sendiri dengan mendedahkannya kepada pelbagai jenis ilmu. Anak dari dalam rahim lagi sentiasa ingin tahu tentang dunianya. Dia perlu pada ilmu untuk hidupnya.
Anak ingin menjadi dewasa jika boleh dengan serta-merta. Dengan itu anak kecil sememangnya dahagakan ilmu pengetahuan. Buckminster Fuller, seorang ahli sains dan ahli falsafah pernah berkata; “Enam tahun pertama hidup anak adalah paling penting sekali. Kita menghabiskan enam tahun memperbodohkan mereka!” Bagaimana? Dengan tidak mendedahkan dunia ini kepada anak, dengan tidak menceritakan tentang keajaiban alam ini, dengan menutup pintu segala keinginan untuk menerokai alamnya.

Bagaimana pula kita boleh menghidupkan apa yang di sekeliling anak kepada perhatianya. Dengan sentiasa mengambil kesempatan yang ada untuk mendedahkan alam sekelilingnya berbual atau menunjukkan gambar kad imbasan (flash card) atau kedua-dua sekali. Ibu bapa yang berkesempatan akan melakukan kedua-dua sekali sementara yang lain, yang mana masa begitu terhad menggunakan masa dalam kereta, di rumah, di kedai untuk hanya berbual dan bercerita.

Kedua-dua ibu bapa menghasilkan anak yang bakal menjadi orang yang berpengetahuan, berakal dan prihatin terhadap alam sekelilingnya. Contoh pertama, mempunyai kelebihan dari segi bidang ilmu kerana dengan penggunaan gambar pada kad imbasan, ibubapanya membuka pintu yang luas kepada ilmu pengetahuan terhadapnya. Bukan sahaja ia mengenali apa itu kucing, anjing dan sebagainya tetapi dia juga akan mengenali Persian, Seal point Siamese adalah kucing, Terrier, Alsatian pula adalah anjing. Dia juga mengetahui bahawa kucing ada yang berbulu panjang seperti Persian dan pendek seperti Sealpoint Siamese.

Dia dapat mengecam dan menyatakan seekor binatang yang tidak pernah dilihatnya sebagai sejenis kucing berbulu panjang walaupun tidak mengenali atau mengetahui namanya. Begitu juga dia dapat mengenali lukisan seorang pelukis yang bernama Van Gogh yang tidak pernah dilihatnya hanya disebabkan ia pernah ditunjukkan berjenis-jenis lukisan pelukis tersebut. Apa yang dilakukan ibubapa mereka adalah menunjukkan fakta yang tepat, jelas dan tidak mengelirukan kepada anak mereka. Bermula dengan satu lukisan: bunga matahari (sunflower) oleh Van Gogh contohnya, sebagai satu cebisan ilmu intelek. Gambar pada kad imbasan mempunyai ciri-ciri yang jelas, tepat dan tidak mengelirukan. Anak-anak ditunjukkan lagi beberapa lukisan pelukis tersebut. Kemudian anak diceritakan tentang setiap satu gambar diikuti pula dengan fakta-fakta supaya anak boleh berupaya meneka apakah peraturan dan rumusan yang merangkumi sesuatu perkara.

Anak yang telah didedahkan dengan gambar dan fakta tentang lukisan pelukis tersebut dapat mengenali lukisan yang tidak pernah dilihatnya sebagai lukisan Van Gogh kerana dia dapat meneka peraturan dan merumuskan gaya pelukis tersebut. Dia dapat mengenali lukisan Van Gogh dengan mudah tanpa sebarang usaha. Alangkah ajaibnya! Cara atau pendekatan mengajar anak fakta agar dia dapat meneka peraturannya amat ketara dalam program matematik. Bayi kecil diajar fakta 2+3=5 atau lebih tepat, ••+•••=••••• dengan mudah, tanpa sebarang kesukaran. Anak kecil dengan mudah mempelajari samada •••+•••••=•••••••• atau ••+•+•••••=••••••••

Dia dengan mudah dapat meneka apa konsep serta peraturannya tanpa menceritakan pada orang lain rumusannya. Ini adalah keistimewaan otak dan anak manusia. Cara ini amat berbeza dengan di sekolah yang mana selalunya formula atau peraturan diajar terlebih dahulu. Kaedah mengajar anak fakta agar dia dapat meneka peraturannya memerlukan fakta diberi dengan cepat, tidak membosankan dan di samping kita menghormati cara dan kemampuan anak kecil belajar.
Ajarkan Anak Kita Fakta Yang Tepat


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my